Sarawak FA sudah sedia kontrak, tunggu kebenaran MFL

Laporan akhbar Utusan Borneo hari ini menyatakan bahawa pasukan Sarawak FA kini sedang menanti kebenaran daripada Malaysia Football League (MFL) untuk menandatangani pemain import baharu.

Akhbar tersebut memetik Penolong Ketua Jurulatih Sarawak Denny DaƔil sebagi berkata dokumentasi dan kontrak untuk ketiga-tiga pemain yang diuji oleh Sarawak sudah disediakan.

Tiga pemain baharu yang diuji oleh Sarawak sejak minggu lalu iaitu pemain tengah dari Brazil, Rodrigo Amorim Oliveira, pertahanan dari Jepun, Yohei Iwasaki dan bekas pemain sayap Kuala Lumpur, Mohd Haikal.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak, Jefery Lana dipetik sebagai berkata keputusan rayuan Sarawak akan diketahui selewat-lewatnya pada Khamis esok (Khamis).

Sarawak kini tidak dapat membuat sebarang penukaran pemain ekoran kegagalan melengkapkan pendaftaran pemain pada masa yang ditetapkan oleh pihak MFL pada tahun ini.

Akibatnya, MFL telah mengenakan denda pengurangan geran tahunan Sarawak, dan sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan bulan Mei 2019.

Sarawak akan melayan kunjungan JDT FC II pada Sabtu ini di Stadium Sarawak pada jam 10 malam.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top