Pasukan Sarawak FA mahu mengejutkan pasukan Kelantan FA malam ini di dalam pertandingan Challenge Cup 2019 lapor akhbar Utusan Borneo.

Perlawanan yang akan berlangsung pada jam 8:15AM malam ini di Stadium Sarawak bakal menyaksikan Sarawak berpeluang membuka ruang untuk mara ke pusingan seterusnya sekiranya memperolehi kemenangan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Ini adalah kerana Kelantan dan juga Sarawak dua-dua terikat tanpa sebarang mata di Kumpulan A Challenge Cup, dengan kumpulan tersebut hanya mempunyai tiga pasukan.

Dalam perkembangan sama laporan Utusan Borneo itu juga menyebut bahawa penolong jurulatih Sarawak, Denny Da’ail mahu menebus kekecewaan yang dialami Sarawak pada perlawanan pertama ketika tewas kepada JDT FC II.

Denny dalam pada itu mengakui bahawa sebarang keputusan pada perlawanan malam ini tidak akan memberi impak besar kepada pasukan bimbingannya, sekaligus menggambarkan betapa Challenge Cup hanyalah sebuah pertandingan pemanas badan untuk pasukan Bujang Senang.

Denny dipetik sebagai berkata “Kita tetap fokus untuk mendapatkan kemenangan esok (malam ini), memang sebarang keputusan tidak memberi impak tetapi inilah peluang untuk pemain meningkatkan mutu permainan mereka masing-masing.”

Adalah difahamkan Denny akan mempertaruhkan banyak pemain muda pada aksi malam ini.