Pasukan Sarawak FA akan turun dengan misi untuk menang malam ini tanpa tonggak utama Nur Shamie Iszuan.

Menurut laporan Utusan Borneo, Shamie dan beberapa pemain yang tidak dinamakan dikhabarkan demam dan tidak dapat diturunkan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Oleh yang demikian, tugas Shamie akan digalas oleh pemain import Rodrigo Amorim yang dikatakan kini sudah menunjukkan peningkatan mendadak semasa latihan.

Penolong jurulatih Sarawak FA Denny Dai’al berkata “Saya akan memberi Rodrigo peluang bermain di posisi yang ditinggalkan Nur Shamie dan berharap beliau menggunakan sebaiknya peluang itu.

Beliau menunjukkan peningkatan mendadak semasa latihan dan mula faham apa yang pasukan kita mahukan”.

Sarawak FA perlu menang malam ini dalam misi memastikan tidak tersingkir ke Liga M3 musim hadapan.

Lawan Sarawak adalah Sabah yang kini di dalam prestasi terbaik, dan menghuni tangga teratas liga.