Sarawak FA dalam kumpulan ‘mudah’ untuk Challenge Cup

Pasukan Sarawak FA mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke perimgkat seterusnya di dalam Challenge Cup selepas diundi di dalam Kumpulan A yang hanya mempunyai tiga pasukan.

Tambah menarik, tiada pasukan Liga Super di dalam Kumpulan A, sekaligus memberikan Sarawak peluang lebih cerah untuk menghasilkan keputusan positif di dalam pertandingan tersebut.

Sarawak dalam pada itu hanya perlu mengakhiri peringkat kumpulan di kedudukan kedua untuk membolehkannya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Kumpulan A terdiri daripada hanya tiga pasukan kerana ketiadaan pasukan Perlis FA yang dibatalkan penyertaan di dalam Liga Malaysia.

Pasukan di dalam Kumpulan A adalah Sarawak FA, Kelantan FA dan JDT FC 2. Ketiga-tiga pasukan akan bertemu lawan masing-masing dua kali di peringkat kumpulan.

Dalam perkembangan sama, Challenge Cup dijadualkan bermula pada 6 Ogos ini dengan aksi final pertama dijadualkan pada 6 Oktober, dan aksi Final kedua pada 12 Oktober.

Challenge Cup dianjurkan oleh pihak Malaysia Football League bagi membolehkan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia bermain secara kompetitif sehingga akhir musim Liga Malaysia.

Musim lalu, Terengganu FC II dinobatkan juara Challenge Cup.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top