Sarawak FA dalam bahaya dipotong mata

Pasukan Bujang Senang berdepan kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), jika dakwaan yang mengatakan bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) belum menjelaskan bayaran pampasan terhadap bekas pemain pertahananya, Gabor Gyepes, terbukti nyata.

Gabor ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang wang pampasan dari FAS sejak Konfiderasi Bolasepak Dunia (FIFA) mendenda FAS berhubung penamatan kontrak beliau secara tidak sah pada Jun tahun lalu.

Dalam pada itu, Gabor memaklumkan juga bahawa FAM tahu berhubung keputusan tersebut, dan FAM mempunyai obligasi sebagai ahli gabungan FIFA untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya pampasan tersebut tidak dibayar.

Dalam pada itu, jika kes-kes seumpamanya di seleuruh dunia sebelum ini dijadikan rujukan, maka FAS boleh dipotong markah sekiranya terus tidak melangsaikan tunggakkan kepada Gabor.

Gabor ditamatkan kontrak pada saat akhir pada musim 2014 selepas beliau cedera ringan di kaki pada pra-musim 2015.

Penyingkiran secara tiba-tiba itu mengundang perasaan tidak puas hati Gabor yang memaklumkan kepada kami pada ketika itu bahawa beliau akan membawa isu berkenaan ke FIFA, yang mana menyaksikan Gabor dianugerahkan pampasan 1/3 daripada gaji setahun beliau bersama Sarawak FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top