Nampaknya pasukan Sarawak FA hampir pasti mengambil pemain import pada musim hadapan selepas Ketua Jurulatih Ian Gallin menyatakan beliau akan mencuba beberapa pemain import pada bulan Januari kelak.
Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, beberapa pemain import berkaliber telah menunjukkan minat untuk bermain dengan pasukan Bujang Senang, dan beliau akan mengambil pemain tersebut jika mereka memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Kenyataan Ian sekaligus mengesahkan andaian kami bahawa pelantikan Ian akan menyaksikan FAS tidak jadi dengan cadangan untuk bermain dengan semua pemain kelahiran Sarawak pada musim hadapan.
FAS dalam pada itu sudah mengesahkan mereka akan mengambil pemain import tempatan selepas Presiden Dato Posa Majais mengumumkan FAS akan mengambil penjaga gol bukan kelahiran Sarawak untuk musim hadapan.
Susulan kenyataan Ian yang dikeluarkan akhar Borneo Post, pihak kami agak yakin bahawa FAS akan memgambil sekurang kurangnya tiga pemain import bagi mengisi tiga posisi utama yakni penyerang, pemain tengah, dan pemain pertahanan.