Davide Grassi kini sah bukan milik Sarawak lagi.
Pemain pertahanan dari Itali itu telah sah digugurkan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) melalui satu kenyataan dari jurulatih Sarawak David Usop. Sungguhpun demikian, pihak Davide dan FAS masih berunding berkenaan terma penamatan kontrak yang mana pihak SarawakCrocs difahamkan telah berlangsung sedak 30 Mei 2016 lalu.
Jurulatih Sarawak, David Usop menyatakan bahawa Davide adalah seorang yang rajin semasa latihan dan mempunyai disiplin yang cukup tinggi. Sungguhpun demikian, beliautidak menepati corak permainan Sarawak sekaligus memaksa keputusan melepaskan beliau dibuat.
Grassi telah diambil sebagai pemain import Sarawak pada bulan Januari lepas, menggantikan Gabor Gyepes yang dilepaskan oleh FAS akibat kecederaan kaki.
Beliau yang terkenal sebagai pemain yang rajin di atas padang walaubagaimanapun gagal mengekang Sarawak daripada dibolosi sebanyak 24 kali, dengan peminat rata-rata menunding jari kepada beliau berikutan jumlah bolos yang besar.
Tempat Grassi dikatakan bakal diganti oleh seorang pemain import dari Hong Kong.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] DF – Davide Graasi [Released with mutual understanding] […]
[…] Sarawak head coach, David Usop has stated he is not in a rush to fill the vacant import player slot left by Davide Grassi. […]