2 JULAI – Pasukan Bujang Senang belum lagi boleh berehat dan harus terus memungut mata pada perlawanan seterusnya. Ini adslah kerana kemenangan malam tadi ke atas Kelantan FA,  belum lagi berjaya membantu Sarawak FA dari kelompok bawahan liga. 

Sungguhpun kemenangan Sarawak FA dilihat amat penting malam tadi, pasukan yang bertapak di Kuching itu terus kekal di kedudukan ke-9 dengan 14 mata, dengan dua mata memisahkannya dengan dua pasukan,  Melaka United dan PKNS FC. 

Perbezaan mata yang kecil ini memberi peluang kepada mana-mana dua pasukan Liga Super itu untuk memintas pasukan bimbingan David Usop, sekiranya Sarawak FA tewas pada mana-mana lima baki perlawanan akan datang. 

Sarawak FA perlu terus memastikan mereka memungut mata penuh apabila berdepan pasukan setara kuat dengannya di liga,  kerana kegagalan berbuat demikian akan hampir pasti dihukum dengan penyingkiran ke Liga Premier pada musim hadapan. 

Keadaan diburukkan lagi dengan jadual perlawanan yang padat pada bulan Julai ini yang sekaligus memerlukan David melakukan rotasi pemain bagi mengelakkan pasukan terus mampu bersaing di dalam setiap perlawanan. 

Pasukan Sarawak FA akan terus ke Johor selepas iniselepas kemenangan ke atas Kelantan FA bagi memulakan kempen Piala Malaysianya. – sarawakcrocs.com 

18 COMMENTS

  1. tahniah player croc..mentel mesti kuat lawan johor.. kita pasti boleh menang..

  2. Ada tanda team bole bermain cantik…umpama JDT era DIAZ je game mlm td…hantaran pun tepat…Raikovic kerap tenang membuka ruang ke depan..

  3. Kalau ikut point mmg bna blom slmt…so encik david usop pndei2 lah mlh percaturan sbb mlm tdik formasi 4141 boleh tahan..

Comments are closed.