Pasukan bolasepak Sarawak FA akan terbang ke Larkin untuk menentang kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia.
Perlawanan yang dijadualkan bermula jam 9 malam itu akan dimainkan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, yang lebih terkenal dengan nama Stadium Larkin.
Dengan Johor menjadi ‘rumah’ kepada puluhan ribu masyarakat Sarawak, adalah dijangkakan peminat Sarawak FA yang berada di Johor akan turun beramai-ramai ke stadium untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan tersebut pada 4 Julai ini.
Sarawak FA belum pernah memenangi Piala FA sejak ianya ditubuhkan, namun telah berjaya mara ke perlawanan akhir beberapa kali sebelum ini. – sarawakcrocs.com