Sarawak FA bakal gugur semua pemain import? 

Akhbar Borneo Post hari ini melaporkan bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan semua pemain import apabila pintu perpindahan dibuka pada bulan Jun kelak. 

Menurut laporan akhbar tersebut, keputusan tersebut telah diumumkan oleh Datuk Posa Majais, Presiden FAS, yang mana turut menyatakan bahawa pasukan Sarawak FA akan dilengkapi seratus peratus pemain tempatan. 

Dalam pada itu, berita tersebut bermakna Sarawak FA akan meneruskan cabaran Liga Super dan Piala Malaysia tanpa kehadiran awang import selepas bulan Jun, dengan beberapa muka baharu dari pasukan Piala Presiden dijangka diserap bagi mengisi kekosongan yang wujud. 

Dalam perkembangan sama, cadangan Posa telah mendapat sokongan bekas Ketua Jurulatih Sarawak FA, Awang Mahyan yang mana turut menyatakan Sarawak FA masih boleh menyelamatkan diri dari zon penyingkiran Liga Super. 

Sarawak FA kini di tangga kedua terbawah liga, dan menghadapi risiko diturunkan ke Liga Premier sekiranya terus kekal di posisi tersebut sehingga akhir musim. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top