Sarawak Energy kembali menaja Bujang Senang

Syarikat pembekalan elektrik, Sarawak Energy telah kembali sebagai salah satu penaja utama pasukan Bolasepak Sarawak selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani baru-baru ini.

Penajaan ini bermakna nama ‘Sarawak Energy’  akan kembali menyinari beberapa jenis pakaian pasukan Bujang Senang yang sebelum ini memaparkan nama ‘Marina Parkcity’.

Adalah difahamkan bahawa nama ‘Sarawak Energy’ akan dipaparkan pada jersi latihan, bib latihan serta pakaian pasukan Bujang Senang, manakala jersi bermain akan mengekalkan nama penaja ‘Marina Parkcity’.

Sarawak Energy bukanlah nama yang asing di dalam arena bolasepak Sarawak selepas syarikat utiliti terbesar Sarawak itu menjadi penaja utama Sarawak pada musim 2014-2015.

Sungguhpun demikian, syarikat itu tidak tersenarai sebagai salah satu penaja musim ini, namun akhirnya kini kembali lagi sebagai penaja pasukan Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top