Khabar angin sekitar media sosial peminat Sarawak kini sedang hangat memperkatakan bahawa pasukan Bujang Senang bakal mendapat siaran langsung pada 20 April ini di TV3.
Menurut beberapa sumber, perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sarawak akan ditayangkan secara langsung oleh Media Prima dari Larkin, Johor.
Buat masa ini, pihak kami belum dapat memastikan kesahihan berita tersebut, namun jika ianya benar, ianya pasti mengubat rindu peminat bolasepak Bujang Senang, khususnya yang berada di Sarawak, kerana pasukan Bujang Senang akan terpaksa bermain di dalam stadium tertutup bagi semua perlawanan bulan April bagi memenuhi denda yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persataun Bolasepak Sarawak (FAS) akibat kegagalan mereka mengawal tingkah laku peminat di Kuching semasa Sarawak bertemu Felda United.
Sarawak dijadualkan bertemu Terengganu FC II (T-Team) Sabtu ini, dengan stadium kosong.