Skuad Sarawak bimbingan David Usop berjaya membenam skuad Kuching FA dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan pra-musim yang diadakan di Stadium Negeri petang kelmarin.

Beberapa orang pemain import mencuba nasib untuk dipilih menjadi pemain pasukan Sarawak. Setakat ini, pasukan Sarawak masih mempunyai dua lagi slot pemain import yang harus diisi sebelum saingan Liga Super 2017 bermula.

Senarai pemain import yang mencuba nasib petang kelmarin ialah Matteo Roskam, Boaka Eddie Forday, dan Bruno Baiano yang bermain di posisi penyerang.

Di bahagian pertahanan pula, Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo, Demerson, Dirkir Kohn Glay dan Kim Sung Hyun telah diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.

Kedua-dua pasukan mengambil peluang menguji kekuatan pasukan masing-masing sebelum bermulanya saingan Liga Super dan Liga FAM.

Sesi bertafakur selama seminit turut dilakukan untuk menghormati pemergian Allahyarham Tan Sri Adenan Salem, mantan ketua menteri Sarawak.

Di awal minit perlawanan, pasukan Kuching dilihat berjaya menguasai perlawanan. Babak pertama jugak menyaksikan kedua-dua pasukan dilihat sangat kompetitif.

Pasukan Sarawak mendahului perlawanan di babak pertama hasil rembatan kencang Matteo Roskam, hasil sepakan percuma yang di sempurnakan oleh Shahrol Saperi.

Pasukan Kuching berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pertahanan dan penjaga gol pasukan Sarawak, dimana hantaran dari penjaga gol berjaya dipintas penyerang pasukan Kuching.

Tersentak dengan serangan balas pasukan Kuching, pasukan Sarawak mengasak pertahanan pasukan Kuching.

Hasilnya, Matteo sekali lagi berjaya menjaringkan gol kedua hasil lorongan Hafiz.

Gol ketiga pasukan Sarawak dijaringkan oleh Boaka di penghujung masa pertama perlawanan.

Separuh masa pertama berakhir dengan Sarawak mendahului perlawanan 3-1.

Pada babak kedua perlawanan, David Usop telah membuat beberapa pertukaran yang menyaksikan pasukan Sarawak menguasai perlawanan.

Perubahan pemain tersebut membuahkan hasil apabila gol keempat pasukan Sarawak dijaringkan oleh Nur Shamie, yang menyudahkan satu  lorongan cantik dari barisan tengah pasukan Sarawak.

Pasukan Kuching cuba untuk bangkit selepas gol Shamie, namun usaha mereka menemui jalan buntu akibat pertahanan Sarawak yang utuh sehingga wisel penamat memberikan Sarawak kemenangan 4 – 1 ke atas Kuching. 

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

4 COMMENTS

  1. sama2 kita doakan sarawak tahun tok menjadi sebuah pasukan di geruni pasukan lain dlm liga malaysia

Comments are closed.