Skuad Bujang Senang bakal bertemu pemain seleksi Limbang selepas mereka bertemu Sabah pada 30 Disember kelak.

Menurut akhbar Utusan Borneo, penolong jurulatih David Usop mengesahkan perlawanan tersebut. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi dari media tempatan, Sarawak akan memulakan jelajah Borneo-Malaysia dengan perlawanan seperti di bawah:

Perlawanan 1: Seleksi Miri vs Sarawak FA
Tarikh: 28 November 2014 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Stadium Mini Miri
Bayaran: Percuma

Perlawanan 2: Sabah FA vs Sarawak FA
Tarikh: 30 November 2014 (Ahad)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Stadium Likas, Kota Kinabalu
Bayaran: RM10 & RM20

Perlawanan 3: Seleksi Limbang vs Sarawak FA
Tarikh: 2 Disember 2014 (Selasa)
Masa: Tidak diketahui
Tempat: Stadium Mini Limbang
Bayaran: Percuma

Harus diingat bahawa butiran perlawanan siri pra-musim jelajah Borneo-Malaysia skuad Bujang Senang diperolehi dari media tempatan, dan kami belum ada butir-butir sah dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak setakat ini.

Sunguhpun demikian, dengan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengesahkan perlawanan menentang skuad Bujang Senang 30 November ini, pihak SarawakCrocs.com agak yakin bahawa jadual perlawanan diatas adalah betul.

Dapatkan mafla musim 2015 Sarawak Crocs di shop.insarawak.net