Home Malaysian football Kini Gabor Gyepes digugurkan pula?

Kini Gabor Gyepes digugurkan pula?

Gabor Gyepes mungkin akan digugurkan berikutan beliau telah mengalami kecederaan semasa latihan baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar Utusan Sarawak, Gabor akan terpaksa diketepikan selama enam minggu dan tidak akan dibawa untuk siri jelajah PRA musim Sarawak di Miri, Sabah dan Limbang.

Akhbar sama turut menyebut bahawa wujud kemungkinan Gabor mungkin digugurkan terus dan diganti dengan pemain baharu. Pemain yang dikatakan adalah pemain Perancis, Modeste Jimmy, yang baharu sampai di Kuching semalam.

Sumber kami dalam pada itu memaklumkan bahawa sudah ada pasukan besar di dalam Liga Super sanggup menandatangani Gabor sekiranya beliau dilepaskan oleh Sarawak akibat kecederaan ini. Pasukan tersebut ujar sumber kami, sanggup menunggu untuk Gabor sihat dan membayar bil perubatan Gabor jika beliau dilepaskan.

Gabor merupakan tonggak utama pertahanan Sarawak bagi musim lalu dan beliau dikatakan mempunyi kontrak bersama Sarawak selama dua musim.

RECOMENDED LINKS:


1 COMMENT

Comments are closed.