Home Malaysian football Sandro pulang ke Brazil hampa?

Sandro pulang ke Brazil hampa?

Di laman sosial twitter telah dikhabarkan bahawa Sandro da Silva, yang merupakan bekas pemain Sarawak United, telah kembali ke Brazil.

Menurut satu ciapan oleh FinaNasrom seperti yang dilihat dibawah, Sandro dikhabarkan telah balik ke Malaysia pada 22 Januari 2022 lalu dengan janji akan ditawarkan tempat di dalam pasukan 2022.

Sungguhpun demikian, selepas tiga hari menunggu, beliau khabarnya telah dimaklumkan tidak ada dalam perancangan kelab tersebut.

>> POLO TSHIRT SARAWAK UNITED

Anda boleh melihat ciapan tersebut di pautan ini, atau melihat sendiri ‘print screen’ di bawah.

Menurut FinaNasrom dalam ciapannya, lebih berkenaan khabar ini akan didedahkan di Astro Arena pada jam 7.30PM kelak, jadi sama – sama kita nantikan.

Untuk rekod, kedudukan Sandro sebagai pemain import Sarawak United sememangnya tidak diketahui umum kerana Sarawak United hanya mengumumkan pelepasan Taylor Regan, dan pengambilan semula Uche Agba.

Previous articlePemain yang pernah diintai Spurs dan Man City, Keanu Marsh-Brown, sertai Kuching City
Next articleSandro kecewa, mungkin gantung kasut