Robert Albert telah mengesahkan beliau telah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Sarawak. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Astro Arena, Robert berkata bahawa beliau berterima kasih terhadap semua yang terlibat di dalam membantu beliau secara langsung dan tidak langsung sepanjang bersama skuad Bujang Senang.

Tambah Robert, beliau telah meletak jawatan setelah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Datu Sudarsono Othman.

Menurut sumber SarawakCrocs.com, pengendali skuad Piala Belia dari Bosnia, Fuad Grbesic bakal mengambil tempat Robert dan mengendalikan skuad Bujang Senang bermula secepat mungkin. Beliau dikatakan telah diberi amanah untuk menyelamatkan Sarawak dari tersingkir dari Liga Super.

Jika berjaya, Fuad berkemungkinan akan terus melatih skuad Sarawak musim hadapan dan ini akan sekaligus berkemungkinan menyaksikan kembalinya penyerang berbisa Sarawak dari Bosnia, Muamer Salibasic yang dikatakan merupakan kenalan baik Fuad.

Sarawak di ambang penyingkiran di Liga Super selepas menerima empat kekalahan berturut-turut sepanjang bulan Ramadan.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

4 COMMENTS

Comments are closed.