Sah, jodoh Ronald Hikspoor di Sarawak berakhir

Samada kontrak Ronald Hikspoor dengan Sarawak hanya setakat April adalah tidak penting lagi kerana beliau dijangka akan digugurkan menjelang pembukaan pintu perpindahan pemain bulan April kelak.

Menurut sumber SarawakCrocs.com, Ronald yang terpaksa dikeluarkan pada minit kedua Sarawak-Selangor tempoh hari mengalami kecederaan jangka panjang yang memerlukan sekurang-kurangnya empat sehingga enam bulan untuk sembuh.

Menurut sumber kami, tendon kaki Ronald putus, dan beliau tidak mungkin akan dapat beraksi untuk Sarawak sehingga sembuh.

Jika sejarah dijadikan ukuran, pengurusan Sarawak dijangka akan serta merta menggugurkan Ronald pada bulan April kelak untuk mencari pemain import gantian.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top