SAFA sumbang RM300,000 kepada Bobby Chua

Mantan pemain Sarawak FA, Bobby Chua, yang mengidap penyakit Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS), telah menerima sumbangan sebanyak RM300,000 daripada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Presiden SAFA, Datuk rahman Zakaria, yang mewakili Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Dalam laporan Utusan Borneo, Rahman dipetik sebagai berkata bahawa SAFA berharap bahawa bantuan kewangan berkenaan akan membantu Bobby untuk terus cekal dan bersemangat dalam melawan penyakit yang dihadapinya.

“Kami berharap semoga beliau (Bobby) mendapat rawatan yang terbaik untuk ulih dan saya juga harap Bobby Kuatkan semangat serta tidak berfikir yang bukan – bukan. ” kata Rahman kepada Utusan Borneo.

“Bagi pihak SAFA juga, Insya-Allah kami akan terus menyanjung dan mengingati bekas – bekas pemain Sabah kerana mereka telah mencurahkan bakti kepada negeri ini.” katanya lagi.

Bobby dalam pada itu bersyukur dan berterimakasih kepada bantuan SAFA, dan beliau mengakui bahawa penyakit tersebut kini telah melemahkan kedua belah tangan miliknya.

Bekas pemain Sabah itu telah juga bermain untuk Sarawak dari 1999 dan bersara pada tahun 2004.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top