SAFA mahu anjur semula Borneo Cup

Pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) yang diketuai oleh Datuk Peter Anthony mahu menganjurkan semula Borneo Cup.

Menurut laporan akhbar New Sabah Times, pasukan-pasukan yang akan dipelawa menyertai Borneo Cup akan datang dari Kalimantan (Indonesia), Brunei, Labuan, Sarawak dan Sabah sendiri.

Pertandingan yang bermula pada 1962 itu, kali terakhir dianjurkan pada 1988 dengan pasukan Sabah menjuarainya 13 kali, Sarawak memenanginya enam kali dan Brunei memenangi Borneo Cup empat kali termasuk kali terakhir ianya dipertandingkan.

Menurut laporan New Sabah Times, kertas kerja pertandingan Borneo Cup masih di dalam pembuatan dengan semua ahli gabungan SAFA diberi peluang mengemukakan pendapat berhubung kejohanan tersebut.

Akhbar tersebut memetik Datuk Peter sebagai berkata “Kita telah bersetuju untuk menganjurkan semula Borneo Cup yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 1988, dengan menjemput pasukan dari Kalimantan, Brunei, Sarawak dan juga Sabah.

“Kita masih membuat kertas cadangan pertandingan tersebut, dan sepatutnya boleh membuat pengumuman rasmi berkenaannya selepas mendapat input dari ahli gabungan SAFA”.

Dalam perkembangan sama, SAFA juga bercadang menganjurkan pertandingan sendiri sebagai satu cara untuk membangunkan bola sepak di pertingkat akar umbi, dan mengenalpasti pemain-pemain berbakat.

Datuk Peter berkata Ädalah tiba masanya SAFA menganjurkan pertandingan sendiri kerana sudah lama persatuan tidak menganjurkan program sebegitu. Selama ini, pertandingan bolasepak dianjurkan oleh organisasi lain atau ahli gabungan sahaja”.

Turut mendapat perhatian pengurusan baharu SAFA adalah kualiti pengadil di Sabah.

Datuk Peter berkata “Kita sememangnya memiliki pengadil di dalam Liga Premier namun tiada seorang pun yang sudah mencapai status antarabangsa.

“Ini adalah sebab mengapa SAFA mahu memperbaiki kualiti pengadil di Sabah agar kita boleh mengadili perlawanan besar dengan lebih effisen”.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top