Sabah uji pemain Jepun

Pasukan Liga Premier, Sabah FA kini sedang giat menguji pemain dari negara matahari terbit, Jepun untuk mengisi slot pemain asing yang telah dikosongkan Muamer Salibasic.

Menurut SabahRhinos, pemain tengah Masaya Jitzono, kini berada di Kota Kinabalu untuk menjalani sesi pengujian yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Sabah yang baharu Steve Vilmiaire.

Jitzono dilahirkan di Jepun, dan beliau pernah bermain bersama Albirex Niigata Singapore FC apabila pasukan itu dinobatkan sebagai juara Liga Singapura buat pertama kali.

Selain Albirex Niigata Singapore FC, Jitzono juga pernah menyertai beberapa kelab lain di Jepun, termasuk JEF United Chiba, Aoyama Gakuin University, dan SC Sagamihara.

Berikut adalah video Jitzono.

Sabah sebelum ini mengesahkan pengambilan Jonathan Behe sebagai pemain import baharu, selain mengekalkan Igor Cerina.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top