Sabah lantik jurulatih berbangsa Perancis

Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kelmarin mengesahkan bahawa Steve Vilmiaire dan Adlane Messelem telah sah akan berkhidmat untuk pasukan Sang Badak.

Menurut laporan New Sabah Times, Adlane Messelem dan Steve Vilmiaire telah menandatangani kontrak setahun bersama SAFA.

Adlane, 38, akan dilantik sebagai Pengarah Sukan SAFA, manakala Steve, 31, akan mengisi kekosongan Ketua Jurulatih yang ditinggalkan oleh jurulatih Croatia, Vjeran Simunic.

Perkembangan terbaru di Kota Kinabalu ini mengesahkan khabar awal berkenaan perlantikan kedua-dua individu berbangsa Perancis itu sebelum ini.

Seorang lagi warganegara Perancis, Jonathan Behe, juga dijangka akan ditandatangani oleh pasukan Sabah FA dalam masa terdekat.

Makluman: Ingin bermain futsal/bolasepak di kawasan anda? Periksa Kalendar Bolasepak Malaysia untuk pertandingan berdekatan anda!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top