Sabah lancar jersi ‘ala tribal’ untuk penjaga gol

Kelab bola sepak Sabah telah mengumumkan jersi ala ‘tribal’ bagi penjaga golnya untuk musim 2022.

Jersi yang berwarna kuning, kelabu dan ungu itu tampak menarik dengan corak asli (tribal) menghiasinya kebanyakan permukaan jersi tersebut.

Bahagian lengan jersi tersebut kelihatan kosong dengan hujung setiap jersi dilengkapkan dengan warna hitam.

Kesemua jersi tersebut berkolar bulat dan berwarna hitam.

Direka dan dijual oleh Lotto, jersi ini boleh dianggap unik kepada pasukan yang bertapak di Likas itu.

Jersi penjaga gol tersebut bakal digunakan oleh Sabah semasa kelab tersebut mengharungi Liga Malaysia pada musim 2022.

Biarpun belum melancarkan jersi rasmi bagi pemain, Sabah dijangka akan mengekalkan warna tradisi biru, merah dan putih untuk jersi tersebut pada musim ini.

>> BELI JERSI PENJAGA GOL SABAH FC

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top