Penolong jurulatih pasukan Sarawak FA Denny Dai’al tetap optimis berkenaan peluang Sarawak untuk keluar dari zon penyingkiran biarpun sering terbaik.

Beliau yang bercakap selepas Sarawak FA tewas kepada Negeri Sembilan malam tadi berkata bahawa Sarawak akan berusaha untuk menang baki tiga perlawanan yang ada.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Denny juga menyatakan bahawa pemain bimbingannya telah memberikan yang terbaik semasa perlawanan dan berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya biarpun tewas.

Beliau juga mengakui bahawa kesilapan individu menjadi punca Negeri Sembilan mendapat gol dan menyatakan bahawa pasukan bimbingan beliau tidak dapat menyaingi bahagian serangan Negeri Sembilan yang telah berjaya mengucar kacirkan pertahanan.

Denny namun menegaskan bahawa Sarawak kini sedang membentuk pasukan dan pasukan turun pada setiap perlawanan untuk menang dan tidak hadir sama sekali kemahuan untuk hanya seri atau mencukupkan jadual.

Kata Denny “Kita membuat kesilapan individu yang memberi mereka gol.

Walaubagaimanapun pasukan Negeri Sembilan memang pasukan yang bagus dan itu kita tidak nafikan dan pemain telah meberikan yang terbaik yang ada pada mereka.

Kita juga terlepas banyak peluang untuk gol dan ianya bukan nasib kita.

Memang setiap perlawanan kita berusaha untuk menang dan saya percaya pemain bagi yang terbaik pada setiap perlawanan.

Saya masih optimis terhadap mereka kerana masih ada dua perlawanan home dan satu perlawanan away.

Tiada istilah untuk datang untuk seri atau mencukupkan jadual. Memang kita datang untuk menang.

Sebelum gol penyamaan kita, kita belum berjaya menyesuaikan diri tetapi apabila pemain sudah menyesuaikan diri kita mula mendapat keyakinan diri tetapi kelebihan kepada penyerang Negeri Sembilan yang mengucar ngacirkan pertahanan.

Kita sedang membentuk pasukan, dan pemain memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan.”