LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Penyerang sensasi Kuching City, Abu Kamara berpendapat bahawa adalah tidak mustahil untuk pasukannya melakukan kejutan keatas pasukan Sabah FC dalam perlawanan timbal balik Piala Malaysia di Likas esok.

Kamara yang meletakkan Sabah sebagai pasukan pilihan berkata bahawa jika Sabah boleh menjaringkan satu gol, pasukan Kuching City pun boleh berbuat demikian.

Kamara yang menyertai pasukan Kuching City musim ini juga menyatakan bahawa satu kesilapan kecil telah menyebabkan mereka kalah di Kuching, namun pasukan beliau mahu mencipta satu lagi sejarah dengan melayakkan diri ke Separuh Akhir Piala Malaysia kelak.

‚ÄúSabah pasti pasukan pilihan di atas kertas, tetapi kedudukan mereka jauh dari selesa.” kata Kamara dalam laporan The Star.

“Pada perlawanan minggu lepas, Sabah berjaya menjaringkan satu gol, dan kita telah berjuang dengan baik. Akan tetapi, kesilapan kecil telah membawa padah kepada kami.

“Kali ini kami akan ke Likas untuk mencari kemenangan. Jika Sabah boleh menjaringkan satu gol, mengapa tidak kami?”

“Sabah adalah pasukan yang sangat besar berbanding kelab kami, tetapi ini adalah perlawawnan yang sangat sangat besar bagi kami”.

“Kami mahu mencipta sejarah layak ke separuh akhir.” kata Kamara lagi.