Sabah FA hampir ‘selamat’ di Liga Premier

Pasukan Sang Badak, Sabah, boleh menarik nafas lega selepas mereka kini hampir sah selamat dari sebarang penyingkiran ke Liga FAM.

Ini berikutan kedudukan Sabah yang mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding pasukan ATM FA yang kini menduduki tangga ke-11, di dalam zon penyingkiran ke Liga FAM.

Dengan baki tiga perlawanan, Sabah hanya memerlukan satu kemenangan daripada mana-mana baki perlawanan yang akan datang, untuk mengesahkan mereka masih boleh beradu di Liga Premier musim hadapan.

Jika kemenangan gagal dicapai, Sabah masih akan kekal di Liga Premier sekiranya ATM FA dan Sime Darby gagal mengutip sebarang kemenangan di dalam baki perlawanan mereka.

Sabah yang memulakan musim 2016 dengan harapan tinggi, gagal memberikan banyak cabaran musim ini berikutan prestasi terumbang-ambing di dalam liga.

Pasukan yang bertapak di Likas ini telah menyaksikan jurulatih utama mereka Vjeran Simunić direhatkan dan ditukarkan ke jawatan lain, dengan dua pemain import mereka diganti sepanjang kempen musim 2016.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top