Sabah FA kini dikhabarkan mempunyai krisis dalaman berkenaan pemain bintang mereka El Hadji Diouf yang dikatakan telah secara terang-terangan mengkritik pasukan Sabah sambil menyatakan pasukan tersebut tidak bercita-cita tinggi.
Menurut laporan media, rakaman oleh TV Johor FA turut menyaksikan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan kepada penonton bahawa Diouf telah bersedia memberikan JDT tanah di Senegal bagi membina sebuat akademi bolasepak.
Selain daripada itu, Diouf juga dikatakan sanggup bermain untuk JDT kerana beliau mencintai Johor dan telah tertarik dengan visi dan misi JDT.
Susulan video tersebut, pihak Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) telah mengambil langkah drastik dengan melucutkan jawatan Diouf sebagai ketua pasukan Sabah. SAFA juga sedang mempertimbangkan tindakan penggantungan ke atas Diouf yang dianggap tidak professional.
Pengurus pasukan Sabah, Datuk Seri TC Goh dalam pada itu melahirkan kekecewaan beliau terhadap tindakan Diouf sambil menyatakan beliau tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh bekas pemain Piala Dunia itu.
Sumber Daily Express




