Sabah FC mula ‘ikat’ pemain Piala Presiden

Kelab bolasepak Sabah (Sabah FC) telah mengambil langkah membawa masuk pemain – pemain Piala Presiden dengan menandatangani lapan pemain muda untuk bermain bersama pasukan tersebut.

Gerald Gadit, Mohd Hizaz Lokman, Abdul Hanafie Tokyo Hasim, Mohd Nasip Mohd Zain, Mohd Nazemizan Nalson, Mohd Azlizan Mohd Azlan, Mohd Naaim Firdaus Stibin dan Mohamad Sahrizan Saidin telah sah menjadi pemain Piala Presiden Sabah FC apabila mereka mengikat kontrak bersama kelab tersbeut baru – baru ini.

Majlis menandatangani kontrak tersebut telah diadakan di ibu pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di Likas.

Lapan pemain itu merupakan yang pemain terawal menandatangani kontrak bersama pasukan Piala Presiden Sabah FC, dengan pemain lain dijangka akan ditawarkan kontrak tidak lama lagi.

“Kita sedang dalam proses untuk memuktamadkan senarai akhir pemain yang akan menganggotai pasukan dan ia dijangka dapat dilakukan dalam sedikit masa lagi,” kata jurulatih pasukan, Johnny Dominicus, kepada Utusan Borneo.

Sabah FC bercadang mengambil 25 pemain untuk memperkuatkan cabaran pasukan Piala Presiden mereka bagi musim 2021.

Selain lapan pemain tersebut, Sabah FC juga mengesahkan pengambilan Johnny sebagai jurulatih pasukan Piala Presiden tersebut dengan beliau menandatangani kontraknya pada masa yang sama.

Turut juga menandatangani kontrak adalah Pengurus pasukan Piala Presiden Sabah FC, Ahmad Syuaib Nasir, dan staf pengurusan pasukan B22 musim ini.

Peguam SAFA, Azhier Farhan Arisin, turut hadir menyaksikan sesi menandatangani kontrak itu.

Sabah FC adalah pasukan yang dijenama semula dari Sabah FA.

Kelab ini kini diiliki oleh SAFA selepas pemangku Presiden SAFA, Datuk Bung Mokhtar dilantik ke jawatan beliau sekarang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top