Kelab Liga Super Sabah FC telah melantik bekas penyerangimportnya Scott Ollerenshaw sebagai Pengarah Teknikal kelab tersebut.
Menurut kenyataan kelab tersebut, pelantikan Ollerenshaw merupakan antara inisiatif yang dilaksana untuk menzahirkan kesungguhan pasukan dalam meningkatkan mutu dan kualiti bola sepak di Sabah.
Legenda bola sepak Sabah yang berasal dari Australia juga akan digunakan sebagai ini medium pengantara buat para pemain ‘import’ dengan pasukan Sabah FC sendiri.
Sabah FC menjelaskan bahawa ntara tugas Ollerenshaw adalah mencari pemain yang berkualiti untuk diserapkan ke dalam pasukan Sabah.
Beliau juga akan diberi tanggungjawab mengetuai program pembangunan belia untuk misi mencungkil bakat baru dan membentuk barisan pelapis kelab tersebut.
Sabah kini sedang memperuatkan barisan pemain dan kejurulatihannya dengan membawa banyak pemain berkaliber.
Antara pemain ternama yang dibawa masuk ke kelab yang dilatih Kurniawan Dwi Yulianto adalah pemenang penjaring tempatan terbanyak Liga Premier sebanyak tiga kali, Bobby Gonzales.