Sabah FA tunjuk taring sebelum kempen Piala Malaysia

Pasukan Sabah FA menunjukkan mereka bersedia untuk saingan Piala Malaysia apabila menewaskan dua lawan di dalam aksi pemanas badan yang diadakan.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Sabah telah menewaskan pasukan UKM FC hujung minggu ini tadi, dimana pasukan simpanan Sabah berjaya menewaskan UKM 1-0, manakala pasukan utama berjaya menundukkan pasukan sama 1-0.

Pengurus Sabah Henry Soimpon dipetik sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan kelancaran persiapan pasukan Sabah dan pemainnya dilihat amat bersemangat untuk menempuhi kempen Piala Malaysia kelak.

Henry berkata : Saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pemain dalam aksi persahabatan itu dan dua kemenangan yang dicapai telah mengembalikan momentum baik selepas kita tewas dalam perlawanan terakhir liga.

“Persiapan pasukan juga berjalan dengan lancar dengan kesemua pemain kini dilihat sangat bersemangat untuk memulakan kempen Piala Malaysia”.

Sabah adalah wakil tunggal dari Borneo Malaysia selepas satu lagi pasukan, Sarawak FA, hanya mampu melayakkan diri ke Challenge Cup.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top