Sabah FA sudah bersedia untuk kembali bertarung

Pasukan Liga Super Sabah FA kini sudah beraksi untuk kembali beraksi.

Ini adalah ekoran desas desus yang menyatakan bahawa saingan Liga Super mungkin akan diteruskan lebih awal daripada yang dicadangkan sebelum ini.

Pengurusnya, Henry Saimpon berkata memberitahu Utusan Borneo bahawa Sabah FA sudah sedia menerima apa juga keputusan Malaysia Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), termasuk untuk beraksi lebih awal.

Henry memaklumkan bahawa hal ini dibolehkan kerana pemain Sabah FA tidak pernah berhenti berlatih dan akan terus berlatih sehingga ada keputusan muktamad badan induk dan penganjur bola sepak negara itu.

“Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, program latihan sentiasa berjalan walaupun daripada rumah masing-masing dan secara online.

“Program berkenaan juga bersambung semula minggu ini selepas para pemain diberikan cuti sempena Aidilfitri.

“Kami mahu pastikan kecergasan pemain terus berada di tahap yang baik dan sentiasa bersiap sedia jika sekiranya liga bersambung semula dalam masa terdekat ini,” kata Henry kepada Utusan Borneo.

Cadangan awal MFL dan FAM sebelum ini adalah untuk mengadakan pertandingan bola sepak pada bulan September, tertakluk kepada kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top