Mantan penyerang Sarawak FA, Rozaimi Abdul Rahman akan meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas lima musim bersama pasukan tersebut.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Rozaimi yang mengumumkan perkara tersebut di laman media sosialnya.
“Adalah satu kebanggaan dalam karier bolasepak saya apabila dapat bersama dengan kelab terbaik negara iaitu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang 5 tahun ini. Ia bukan setakat hanya sebuah kelab tetapi ia adalah satu keluarga besar iaitu keluarga JDT” kata Rozaimi di laman sosialnya.
Dalam kenyataannya, Rozimi juga berkata beliau berterima kasih kepada JDT dan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau selama lima tahun tersebut, dan menjaga beliau dengan baik.
View this post on Instagram
Hala tuju Rozaimi selepas ini belum dapat dipastikan, namun khabar angin menyatakan bahawa beliau kini giat dipancing satu pasukan dari Borneo Malaysia.
Rozaimi sebelum ini pernah bermain untuk Sarawak FA selama satu musim, sebelum beliau berhijrah untuk bermain untuk Sabah FA, dan kemudiannya JDT.
Bakat beliau dalam bola sepak menyaksikan beliau turut dipanggil untuk mewakili negara sebanyak empat kali.