RM1,200 menanti Juara Piala KBS Bintulu

Sejumlah wang tunai RM2,200 disediakan oleh pihak penganjur Piala KBS Bintulu bagi pertandingan yang akan diadakan bersempena Hari Sukan Negara pada hujung minggu hadapan.

Menurut maklumat yanng diterima, pertandingan yang akan menggunakan format 9 sebelah itu, akan dilangsungkan di atas Padang Sintetik Dewan Suarah Bintulu pada 14 – 15 Oktober 2017.

Sebanyak 32 pasukan akan diterima menyertai pertandingan tersebut, dengan setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan diri dengan yuran penyertaan sebanyak RM200 sepasukan.

Poster Piala KBS Bintulu.
Poster Piala KBS Bintulu.

Adalah difahamkan juga, mesyuarat dan undian pasukan bertanding akan berlangsung pada 12 Oktober, dengan penerimaan pasukan bertanding berdasarkan prinsip ‘first come first serve’, dengan pasukan yang menghantar borang penyertaan lengkap beserta bayaran penyertaan diberi keutamaan dahulu bagi mengisi slot sedia ada.

Johan pertandingan akan menerima wang tunai RM1,200 dan piala pusingan, manakala naib juara dan tempat ketiga pertandingan akan mendapat RM600 dan RM400 masing-masing. Semua pemenang akan juga diberi pingat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Piala KBS Bintulu ini, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Bintulu. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top