Regan: Sarawak United bukan JDT, Terengganu atau Kedah

Bekas ketua pasukan Sarawak United, Taylor Regan mendakwa terdapat janji bonus kemenangan diberikan kepada beliau dan pemain – pemain kelabnya pada bulan Mac lalu.

Dalam temubual esklusif beliau bersama Astro Arena, Regan bagaimanapun mendakwa janji tersebut belum dikotakan sehingga kini, biarpun tahun sudah memasuki pertengahan Disember.

“Salah sorang pihak pengurusan kelab telah memberitahu kami sebelum perlawanan pada bulan Mac bahawa jika kami memenangi perlawanan, saya akan membayar anda bonus. Sekarang sudah hampir penghujung Disember dan kami belum menerima apa-apa bonus.” kata Regan dalam temubual tersebut.

Dalam perkembangan sama, Regan juga membuat perbandingan gaji anatara jumlah gaji yang diterima pemain Sarawak United dengan kelab lain di Liga Malaysia.

Beliau dalam temubual sama meluahkan perasaan simpatinya terhadap rakan sepasukannya sambil mendakwa gaji pemain Sarawak United tidak sebesar gaji pemain di pasukan – pasukan ternama seperti JDT, Terengganu atau Kedah dan mendakwa bahawa kegagalan menerima gaji di Sarawak United akan ‘menyukarkan hidup’.

>> BARANGAN KECANTIKAN DARI KOREA MURAH

“Ini adalah berkenaan rakan sepasukan saya. Saya kasihankan merea. Mereka masih lagi menanti gaji mereka sejak Julai.

“Ada diantara mereka tidak menerima gaji yang besar. Sarawak United bukan JDT, Terengganu atau kedah. Jika anda tidak dibayar di Sarawak, ianya kadangkala bukan mudah untuk hidup.” jelas Regan lagi.

Selain itu, Regan juga memaklumkan bahawa beliau menerima perlindungan dari Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sebagai pemain import di Malaysia dan gembira nasib pemain tempatan diperjuangankan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Sungguhpun demikian, Regan amat berharap Sarawak United akan melunaskan hutang mereka kepadanya kerana beliau tidak mahu kelab menerima padah sekiranya gagal berbuat demikian.

Beliau juga mendakwa ada mencadangkan cara lebih murah untuk menyelesaikan masalah tersebut kepada pihak Sarawak United.

“PFAM tahu. Mereka sedang memperjuangkan nasib pemain tempatan. Ini adalah bagus. Sebagai pemain import, saya dilindungi FIFA. Duit saya pasti datang.

“Masalahnya, apabila duit saya tidak datang, kelab akan kehilangan mata. Mereka akan dikenakan sekatan.

“Saya telah menawarkan cara lebih murah kerana saya tidak mahu kelab tersebut sengsara, namun realitinya, mereka masih berhutang dengan saya.” jelas regan lagi.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top