Razali Dolhan terpilih sebagai ahli lembaga pengarah FMLLP

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Razali Dolhan, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) semasa Kongres FMLLP hari ini. 

Beliau merupakan satu-satunya orang Sarawak di dalam barisa  pengarah tersebut yang terdiri daripada tiga orang. 

Buat masa ini, fungsi Razali di dalam FMLLP akibat pelantikan tersebut tidak diketahui secara mendalam oleh pihak kami, namun secara kasarnya, pelantikan beliau membayangkan Sarawak kini mempunyai suara lebih kuat di dalam barisan kepimpinan FMLLP yang menyelia Liga Malaysia. 

Kongres FMLLP yang berlangsung di Johor hari ini turut menyaksikan beberapa perkara dibincangkan, termasuk juga isu penswastaan kelab bolasepak, kepimpinan Liga Malaysia dan undang-undang Liga Malaysia. 

Ianya berakhir dengan majlis berbuka puasa. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top