Kuching City FC hari ini mengesahkan pelantikan Wan Jamak Wan Hassan sebagai Pengarah Teknikal kelab tersebut hari ini.
Jurulatih berpengalaman itu digambar menerima kontrak dari Pengarah kelab tersebut, Fazzrudin Abdul Rahman hari ini dengan berita gembira pelantikan beliau dikongsikan di media sosial Kuching City.
Pelantikan Wan Jamak bukanlah satu rahsia kerana Kuching City telah pada awal – awal lagi mengesahkan mereka sedang cuba membawa jurulatih veteren itu ke Kuching.
Bekas pemain bola sepak Malaysia itu telah melatih Melaka, PKNS, Kedah dan Johor sebelum ini, sebelum beliau dilantih oleh Johor Darul Ta’zim sebagai Ketua Program Pembangunan Belia kelab tersebut pada 2015.
Sepanjang menjadi jurulatih, Wan Jamak paling berjaya bersama Negri Sembilan dimana beliau membawa kelab tersebut menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2009 dan 2010 masing – masing.
Beliau juga berjaya membawa pasukan kebangsaan menjadi naib juara pada Kejohanan Tiger pada 1996.
Di Kuching City, beliau akan bergandingan dengan Irfan Bakti dan juga Sulaiman Hussin yang sudahpun disahkan sebagai ketua dan penolong jurulatih kelab tersebut.