Rasmi: Sathianathan sah pegawai teknikal Sarawak United

B Sathianathan telah sah sebagai pegawai teknikal Kelab Bolasepak Sarawak United.

Pelantikan tersebut disahkan oleh Astro Arena yang melaporkan bahawa ketua jurulatih berpengalaman itu telah menerima tawaran kontrak Sarawak United selama dua tahun.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya dilaporkan akan memulakan tugas tahun depan.
Sathianathan dikatakan bersetuju untuk bersama Sarawak United selepas tertarik dengan perancangan pasukan tersebut yang ingin beraksi dalam saingan Liga Super 2022.
Pelantikan Sathianathan juga telah menjadi antara faktor pemain negara, Norshahrul Idlan Talaha, telah bersetuju untuk bersama pasukan tersebut pada musim hadapan.
Status Sathianathan bersama Sarawak United menjadi perbualan hangat selepas nama beliau dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih dan CEO di Sarawak United dalam bulan ini.
Ramai peminat merasakan pengambilan Sathianathan memberi bayangan bahawa Sarawak United mempunyai impian besar musim hadapan, dan gandingan beliau dengan E Elavarasan akan membawa kesan positif kepada Sarawak United.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top