Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah menegaskan bahawa tidak ada penjualan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia diantara Sarawak dan Pahang di Stadium Negeri dijalankan buat masa ini.

Menurut FAS, maklumat berkenaan penjualan tiket perlawanan tersebut akan dikeluarkan oleh pihak FAS selepas perlawanan Pahang – Sarawak berlangsung, yakni di antara 20-22 Oktober.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

Sumber kami di FAS menegaskan bahawa maklumat berkenaan tempat membeli tiket, beserta dengan tempoh jualan dan harga tiket akan juga dibuat selepas perlawanan Separuh Akhir pertama diantara Pahang dan Sarawak telah selesai.

FAS dalam pada itu menggesa sesiapa yang sudah membeli tiket perlawanan Sarawak menentang Pahang pada 26 Oktober ini untuk berhubung terus dengan pihak FAS bagi membolehkan siasatan berhubung kemungkinan tiket palsu perlawanan sedang dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.