RASMI: Elavarasan kekal ketua jurulatih Sarawak United

Sarawak United hari ini mengesahkan mereka akan mengekalkan khidmatketua jurulatihnya, E. Elavarasan.

Perkara tersebut disahkan sendiri Pengarah Saraawak United, Posa Majais.
Pengekalan Elavarasan menyaksikan kelab milik Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) itu berjaya menarik minat beberapa pemain yang tidak asing lagi di Liga Malaysia untuk beraksi bersama SUFC.
Elavaran menjelaskan bahawa beliau telah menggunakan formula beliau untuk menarik pemain – pemain ternama ke kelab yang akan dibimbingnya.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan mengekalkan pemain anak Sarawak yang telah beraksi dengan baik pada musim sudah di dalam pasukan bimbingannya musim ini.
“Pengurusan Sarawak United telah menetapkan sasaran mereka dan saya menggunakan formula saya untuk menarik pemain-pemain ternama ini selain mengekalkan anak jati Sarawak di dalam skuad yang telah beraksi dengan baik pada musim lalu serta membawa beberapa pemain muda Sarawak yang berpotensi membawa pasukan ini lebih berjaya pada masa akan datang.” kata Elavarasan dalam sidang media tadi.
Kesungguhan Sarawak United pada musim hadapan jelas kelihatan apabila kelab tersebut kini membawa masuk pemain – pemain ternama ke kelab tersebutbagi memastikan mereka akan ke Liga Super pada tahun 2022.
error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top