Pasukan Bujang Senang akan menampilkan beberapa pembaharuan apabila bertandang ke Stadium Bandaraya malam ini.
Menurut Ketua Jurulatih Sarawak, K Rajagobal, pembaharuan tersebut adalah dibuat berdasarkan penilaian yang dilakukan ke atas pasukan selepas mengharungi lima perlawanan sebelum ini.
Rajagobal dalam pada itu tetap optimis anak buahnya akan membawa pulang tiga mata penuh malam ini, dan berpendapat bahawa anak buahnya tetap fokus kepada misi pasukan.
Sarawak akan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya malam ini bagi mencari kemenangan pertama musim ini.