Ketua jurulatih Sarawak merasakan bahawa keputusan seri menentang kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) nanti adalah memadai bagi pasukan bimbingannya, Sarawak.
Menurut jurulatih berpengalaman tersebut, sungguhpun demikian, beliau pasti mahukan mata penuh daripada Stadium Larkin kerana semua pasukan inginkan kemenangan apabila menentang JDT, dan Sarawak tidak terkecuali.
JDT yang kini di kedudukan kedua Liga Super sudah pasti ingin mengalahkan Sarawak di laman sendiri selepas mereka tewas mengejut kepada Kedah dalam saingan Piala FA hujung minggu lepas.
Sungguhpun demikian, Rajagopal juga pasti ada tonik khas untuk mengalahkan pasukan gergasi tersebut, khususnya apabila beliau turut membawa tiga pemain muda dari pasukan Piala Presiden ke Johor hari ini.
Srawak akan bertemu JDT pada jam 9malam dengan kemaskini langsung perlawanan dibuat melalui akaun twitter kami www.twitter.com/sarawakcrocs.