QF Piala FA: Terengganu FA 1-1 Sarawak FA

Pasukan Sarawak FA membawa bekalan cukup baik untuk perlawanan suku akhir kedua Piala FA yang akan dimainkan di Kuching kelak, apabila berjaya mengikat Terengganu FA 1-1 hari ini. 

Bermain di kubu lawan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu bermula garang dengan asakan hebat melalui Lutfulla Turaev dan Faiz Nasir, dan hasilnya adalah tandukan gol pertama perlawanan oleh Federico Falcone yang berjaya menewaskan bekas penjaga gol Terengganu, Shahril Sa’ari.

Pada babak kedua, Sarawak pula kelihatan lebih bertenaga pada minit-minit awal perlawanan dan Lee Jong Ho memastikan ergelutan dihadapan gol membawa hasil dengan tolakan mudah untuk menyamakan keduukan.

Terenggan FA bangkit selepas itu dengan askan bertali arus mencari gol tambahan, namun barisan pertahanan Sarawak yang kini turut diperkuatkan oleh Hairol Mokhtar gah memastikan kedudukan kekal sekata sehingga tamat masa penuh perlawanan.

Kedudukan 1-1 adalah amat baik bagi pasukan Bujang Senang yang akan melayan kunjungan Terengganu pada 21 April kelak untuk perlawanan kedua Suku Akhir Piala FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top