Puas hati dengan semangat pemain, kecewa dengan keadaan pasukan

Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, melahirkan rasa puas hati dengan keputusan satu mata yang dipungut menentang Selangor II.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan tersebut menyatakan bahawa pasukan beliau kini berdepan masalah kekurangan pemain gantian yang setara dengan pemain utama di dalam skuadnya yang kini ditimpa kecederaan dan penggantungan.

“Walaupun seri bermain dalam keadaan panas hari ini, saya berpuas hati.” jelas Irfan.

“Yang mendukacitakanlah adalah saya tak ada depth dimana jauh sangat perbezaan diantara pemain utama dengan pemain simpanan saya.

“Saya menghadapi masalah lagi apabila pemain pertahanan tengah saya, Hairol, jatuh sakit dan seorang lagi kena gantung. Jadi pertahanan kami tidak teraturlah.” tambah Irfan.

Sungguhpun demikian, Irfan menjelaskan beliau memuji dan berpuas hati dengan pemain – pemain mudanya yang diberi peluang kerana mereka telah menunjukkan komitment sehingga saat terakhir perlawanan.

“Walaubagaimanapun saya berpuas hati dengan komitment pemain saya yang bermain sampai saat akhir.” kata Irfan lagi.

Kuching City kini di kedudukan ke-9 Liga Premier dan masih berpeluang ke Liga Super sekiranya berjaya memenangi semua baki perlawanan mereka sambil mengharapkan Negeri Sembila tewas dua daripada tiga baki perlawanan mereka.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top