PTSJ – Young Borneo Leopards, Accurate FC, 66 Mobile tempah slot separuh akhir

KAPIT – Pasukan Young Borneo Leopards telah berjaya menempah tiket ke separuh akhir apabila mudah menewaskan pencabar terdekat mereka Kapit Eagles di dalam perlawanan Piala Tan Sri James (PTSJ).

Perlawanan tersebut menyaksikan trio serangan Borneo Leopards yang terdiri daripada Alfred, Willy dan Stenlie menjaringkan satu gol masing-masing.

Gol ke-empat perlawanan dijaringkan oleh Victor Dammo melalui sepakan penalti, setelah Willy dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Kapit Eagles.

Kedudukan terakhir Piala Tan Sri James 2017. Photo credit: Kapit FA

Turut mengiringi Borneo Leopards adalah pasukan Accurate FC yang menghabiskan pusingan liga kumpulan di kedudukan kedua Kumpulan B.

Sebelum itu, 66 Mobile Dragon menjadi pasukan kedua ke separuh akhir PTSJ dari Kumpulan A PTSJ selepas menumpaskan OUNA dengan jaringan 6-2, sekaligus menyingkirkan OUNA dari kelayakan automatik ke Piala FA Kapit. Pasukan 7DSC merupakan pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir sebelum ini.

Dengan selesainya persaingan peringkat kumpulan PTSJ, tumpuan kini terarah ke perlawanan separuh akhir diantara 7DSC menentang Accurate FC, dengan Young Borneo Leopards menentang 66 Mobile Dragon.

Pihak Kapit FA telah memaklumkan bahawa tarikh perlawanan separuh akhir akan dimaklumkan kelak kepada pasukan berkenaan. – SarawakCrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top