Sesetengah pemerhati bolasepak wanita Malaysia mula mempertikai kemampuan pemain bolasepak wanita Malaysia apabila mengekalkan rekod kekalahan dalam kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Terbaharu, pasukan bolasepak wanita Malaysia terpaksa berputih mata apabila dibelasah pasukan wanita Thailand dengan jaringan 6-0.
Seorang pemerhati bolasepak wanita dan juga mantan jurulatih pasukan bolasepak wanita apabila dihubungi pihak SarawakCrocs berpendapat rentetan kekalahan tersebut membuktikan pemain-pemain yang dipilih bukanlah dari barisan yang terbaik.
Tambahnya lagi, kemampuan penjaga gol pertama pasukan kebangsaan juga perlu diberi perhatian kerana spanjang empat perlawanan berlangsung, pasukan wanita Malaysia telah melepaskan bolos sebanyak 12 kali.
Beliau dalam pada itu menzahirkan rasa hairan mengapa penjaga gol terbaik dalam kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 tidak diturunkan dan hanya diletakkan sebagai penjaga gol kedua, terutama sekali dengan kemampuan penjaga gol utama kini yang sudah bolos banyak.
Beliau turut menambah bahawa pada hemat beliau, penjaga gol kedua Malaysia mempunyai kemampuan dan ketinggian yang lebih baik dari penjaga gol pertama.
Malah, beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila pemain yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir digugurkan dari senarai akhir skuad kebangsaan wanita untuk Sukan SEA 2017.
Ketua jurulatih pasukan Thailand turut berpendapat pasukan Malaysia mempunyai semangat yang kuat, tetapi tidak mempunyai stamina yang mencukupi apabila didominasi pasukan Thailand pada separuh masa kedua.
Beliau turut berpendapat kekalahan besar pasukan Malaysia ini akan dijadikan pengajaran untuk pasukan Malaysia membaiki keadaan.
Sebelum dibelasah Thailand, pasukan bolasepak wanita Malaysia telah tewas 1-2 kepada Filipina dan 5-0 kepada Myanmar. – SarawakCrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Hahaha nampak dah…… Yang juara hanya 3 orang pemain sahaja yang dipilih bagusss inilah hakikatnya bola malaya…. Yang kalah dan xreti main ko ambek mcm pilih bulu ja
Ngabis beras jak sidak tuk…😪😪😪
Buat anak je lagi baik..
ntah la labuuu,😂😂😂
Kabel kuat biasa le
mestilah maok org sebelah daknya ambik nama
Dahku madah…ckp pun sik guna..klk d madah kitak tok racist..
Kroni….kuat
Hamri Hj Ali
Apa ni bro. lain mcm je bunyi komen.
hahaha tedah …mungkin coach ya ingat psukan lain ya x kuat …yala molah team cap ayam golekk …buuuuu polah malu malysia jak
Fam dulu dn sekarang xda beza pun…