PTSJ Kapit: 7D Sports Club pertama layak ke separuh akhir

Pasukan 7D Sports Club mengesahkan tempat di peringkat seterusnya Piala Tan Sri James (PTSJ) yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (Kapit FA), apabila mudah menjinakkan Song United 3-1 pada perlawanan liga tersebut minggu lepas.

Kemenangan tersebut menyaksikan 7D Sports Club kini sudah memasuki peringkat separuh akhir PTSJ, dan menanti tiga lagi pasukan dari Kumpulan A, dan Kumpulan B masing-masing.

Di Kumpulan B, CJLB FC sudah sah tidak akan beruapaya melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir PTSJ, mahupun suku akhir Piala FA apabila gagal mengutip sebarang mata daripada empat perlawanan yang mereka telah lalui.

Di bawah adalah ringkasan keputusan perlawanan selepas minggu ke-4 PTSJ.

Ringkasan kedudukan liga dan keputusan minggu lepas PTSJ. Gambar: Kapit FA
error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top