Presiden harap lebih banyak padang bolasepak dibina

KAPIT, 5 JULAI – Presiden Persatuan Bolasepak Kapit FA, Kennedy Kuyang memohon bantuan ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kapit untuk membantu memperkembangkan arena bolasepak di bahagian Kapit dengan membina lebih banyak padang bolasepak.

Menurut Kennedy, minat terhadap bolasepak di Kapit telah semakin meningkat sejak kebelakangan ini, dan kewujudan satu sahaja gelanggang untuk pertandingan dan latihan, yakni Stadium Terbuka Kapit, adalah tidak memadai lagi.

Beliau dalam pada itu berharap satu lagi padang bolasepak berkualiti boleh dibina di bahagian Kapit, bagi membolehkan program pembangunan bolasepak, serta pertandingan bolasepak dibuat dengan lebih banyak lagi pada masa hadapan.

Mengulas harapan beliau, Kennedy berkata “Semua orang ada sasaran untuk dicapai, dan bagi kami di Kapit FA, kita mahu melihat satu pasukan bolasepak dari Kapit bertanding di Liga Malaysia suatu hari nanti. Oleh yang demikian, kita perlu membangunkan bakat bolasepak kita dari sekarang, dan infrastruktur adalah salah satu komponen yang penting ke arah matlamat itu”.

Untuk rekod, Kapit mempunya dua ahli parlimen yakni YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, manakala enam ADUN bahagian Kapit terdiri daripada YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, YB Encik Liwan Lagang, YB Datuk Ambrose Blikau Anak Enturan, YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang, YB Jefferson Jamit anak Unyat, dan YB Keneddy Chuk Pai Ugon. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top