SERIAN, 6 JULAI – Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (Serian FA) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi pasukan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) hujung minggu ini, bersamaan 8-9 Julai 2017.

Pemilihan akan diadakan di Stadium Mini Serian dengan pendaftaran pada jam 12 tengah hari, dan sesi ujian pada jam 1 petang.

Pengurus Pasukan Serian FA, Philip Jabu dipetik oleh akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa pemilihan hanya dibuka kepada pemain di bawah 28 tahun, dimana pasukan LBR Serian FA kini berminat mencari 10 – 15 pemain bolasepak baharu bagi memperkuatkan pasukan sedia ada.

Serian FA yang merupakan persatuan bolasepak terbaharu di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), mencipta sejarah apabila berjaya memasuki pertandingan akhir LBR Kebangsaan pada musim lalu. – SarawakCrocs.com

95 COMMENTS

  1. Pendapat saya la kan.. ini hanya sekadar pendapat je,, pendapat yang saya bagi ni bknlah pendapat yg terbaik,, just saya hanya berpendapat nk bagi pendapat je,, mcm ni lah pendapat saya ni mungkin korang ade yg tak sependapat dgn saya,, saya harap korang terima la pendapat saya, ,yg lain2 tu anggap je saya tak pernah bg pendapat… maaf lah kalau saya salah bagi pendapat.. sekian terima kasih..

Comments are closed.