Pasukan Liga FAM, Kuching FA akan ke Semenanjung Malaysia sebagai persediaan mengharungi Liga FAM musim ini.
Dua pasukan kuat yang bernaung di bawah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menjadi lawan pasukan yang baru tahun kedua di Liga FAM, dengan perlawanan dirancang diadakan di Johor.
Menurut Ketua Jurulatih Kuching FA Shahrizan Sahari, kedua-dua pasukan JDT itu dipilih kerana memiliki fasiliti yang lengkap, dan beliau berharap untuk menggunakan kesempatan tersebut untuk menguji keserasian pemain di bawah bimbingannya.
Berikut adalah jadual perlawanan pra-musim Kuching FA yang dihebahkan di laman rasmi Facebook pasukan berkenaan.
Johor Darul Takzim II (Liga Premier) lawan Kuching FA (Liga FAM)
Tarikh: 20 Januari 2018, 430PM
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang MPPG
Johor Darul Takzim III (Liga FAM) lawan Kuching FA (Liga FAM)
Tarikh: 21 Januari 2018, 430PM
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang MPPG
Masa perlawanan tidak didedahkan di dalam kenyataan Facebook berkenaan.