Posa Majais mengumumkan bahawa rombakan akan dilakukan terhadap pasukan Sarawak FA sekiranya keputusan tidak positif hadir dalam baki perlawanan Liga Premier.
Menurut laporan Utusan Borneo, Posa amat kecewa dengan kekalahan memalukan kepada Sabah FA, dan dia mahu merombak pasukan Sarawak secara keseluruhan termasuk pasukan Piala Belia, Piala Presiden dan barisan kejurulatihan.
“Saya akan mengambil langkah drastik dengan merombak skuad Sarawak termasuk barisan jurulatih sebaik berakhir saingan Liga Premier 2019 ini jika keputusan merosot seperti ini berterusan.
Bagaimanapun, tindakan itu mungkin ditangguhkan jika skuad Sarawak menunjukkan peningkatan dalam baki-baki perlawanan liga nanti” kata Posa. Dipetik dari Utusan Borneo).
Tindakan ‘drastik’ ini bukan sebenarnya drastik kerana Posa telah sebelum ini membubarkan keseluruhan pasukan Sarawak pada musim lepas. Ini termasuk juga merombak segala barisan kejurulatihan dan mengubah barisan Piala Presiden dan Piala Belia.
Melihat kepada rombakan yang sudah dijangka ini, adalah dijangkakan Ian Gillan tidak akan dikekalkan kerana kontrak beliau tamat pada November ini.